Tugas.

Advertisements

Adab

View this post on Instagram

๐Ÿ’šADAB MEMULIAKAN SUAMI๐Ÿ’š Kehadiran suami di rumah adalah merupakan suatu rahmat kepada setiap isteri. Jadi, para isteri perlu tahu adab-adab memuliakan suami.๐Ÿ˜‡ (#MulaqatCinta) – – – – – Adab โ€“ Adabnya : – 1. Dalam hal apapun (kecuali maksiat), isteri wajib taat kpd suami. – 2. Selalu mendahulukan kepentingan suami daripada perkara lain. – 3. Mendidik anak, menjaga harta dan kehormatan suami. – 4. Mempersiapkan semua keperluan suami, mengurus rumahtangga supaya bersih dan rapi mengikut Sunnah. – 5. Janganlah membelanjakan harta suami sesuka hati secara boros, wajib bermusyawarah dahulu utk setiap penggunaan wang dll.. – 6. Hendaknya memasak ikut masakan kesukaan suami. – 7. Sewaktu suami bicara hendaklah istri dia mendengarkan dan jangan menyampuk. – 8. Bila suami marah hendaklah mendiamkan diri dan jangan suka menjawab atau menentang. – 9. Sentiasa hormat dan memuliakan keluarga suami, bersikap baik dan ramah. – 10. Wajib bagi isteri agar sentiasa mempunyai rasa malu kpd suaminya, menundukkan pandangan di hadapannya dan merendahkan suara. – 11. Berdiri untuk menyambut suaminya pergi atau balik kerja. – 12. Menawarkan dirinya kepada suami ketika hendak tidur. – 13. Memakai wangi-wangian, memelihara mulutnya dengan miswak atau gosok gigi terlebih dahulu. – 14. Sentiasa berhias dihadapan suaminya, meninggalkan berhias ketika suaminya tidak ada. – 15. Tidak menolak ajakan suaminya. – 16. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. – 17. Selalu memohon maaf dari suami ketika hendak tidur dan sebelum suami pergi kerja. – 18. Mengusap janggut suami, dengan doa : ุงูŽู…ูŽู†ู’ู€ุชู ุจูู€ุงุงู„ู„ู‡ู ุจูู€ู‚ูŽุฏู’ุฑูู‡ู . – 19. Bila isteri mengurut badan suaminya tanpa disuruh terlebih dahulu, maka akan diberikan pahala 7 mangkok emas,bila mengurut setelah disuruh akan mendapat 7 mangkok perak. – 20. Doa memeluk suami : ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู€ู…ู‘ูŽ ุฒูุฏู’ู†ูŽู€ูŽุง ู…ูŽุญูŽุจู‘ูŽู€ุฉู‹ ู„ูู„ุงู’ูุณู’ู„ุงูŽู…ู . – – – – – P/S: Gambar #throwback first #HoneymoonHoneystar dgn suami di Cameron Highlands masa baru kahwin. Time ni malu-malu lagi. Ihikss๐Ÿ™ˆ๐Ÿ’•Sebenarnya, ada byk lagi ADAB MEMULIAKAN SUAMI, sis belanja sikit je ni. Siapa nak sis share lagi komen #NAK!!๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

A post shared by PUAN HIDAYAH: FOUNDER COPERTOโ„ข (@blessinghunter94) on

Laporan.

View this post on Instagram

Saya terbaca satu laporan media pagi ini. Media menulis kepada Universiti Nottingham di England dan tanya jika saya benar-benar graduan dari sana. Bersungguh mereka. Tak pula mereka menulis kepada National University of Singapore dan Australian Society of Accountants. Apapun, pihak niversiti telah membalas media berkenaan. Universiti itu dah sahkan saya peroleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri pada tahun 1974. Ya, saya memang graduan dari sana. Sekolah rendah dan sekolah menengah saya ialah Institusi St. John di Kuala Lumpur. Selepas itu, saya sambung di Kolej Lelaki Malvern di England. Kemudian, saya belajar di Universiti Nottingham dan berjaya mendapat BA Hons Industrial Economics dari sana. Dapat Ijazah dengan kepujian. Tahun 2004, Universiti itu juga anugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Undang-Undang kepada saya. (Gambar itu saya pakai buat display pic) Bertahun-tahun, saya difitnah oleh PH bahawa saya bukan graduan. Kini sudah dijawab oleh media dan pihak Universiti. Media itu bagus. Mereka sanggup mencari kebenaran. Mengapa PH tidak pernah mahu buat demikian? PH tak ada emel ke? Tak tahu pakai telefon ke? Atau hanya ada Wechat? UK tak main Wechat lah. Minggu lepas, saya cuba cari sijil ijazah saya di rumah tetapi tak berjaya. Mungkin tertinggal apabila saya meninggalkan Seri Perdana selepas tewas PRU14. Oleh itu, saya telah menulis kepada Universiti saya untuk mendapatkan sijil gantian. Mereka jawab akan kirim kepada saya dalam masa sekitar satu minggu. Apabila saya terima, saya akan muatkan gambar sijil itu di FB ini. Lepas itu, saya ingin tengok. Apa lagi mahu fitnah.

A post shared by Dato NajibRazak Fan's (@najibrazak_fans) on